Thursday, July 2, 2009









JABATAN PERTANIAN KELANTAN MENYUMBANG 10 MESIN RUMPUT DALAM MAJLIS NIK AZIZ


MANEK URAI LAMA 2 July - Petang ini Nik Aziz melancarkan program bertani satu ibadah di Manek Urai Lama. diantara yang hadir ialah Exco negeri Kelantan Abdullah dan bekas penceramah UMNO Hamid Derani. Dianggarkan seramai 300 orang yang hadir dalam majlis tersebut. Abdullah dalam ucapannya banyak memuji kepimpinan Nik Aziz. Program ini meniru idea pertanian adalah perniagaan yang dilancarkan oleh BN.Nik Aziz bercakap sekejap sahaja kerana baru keluar hospital.



Majlis itu dimeriahkan dengan cabutan bertuan seperti hamper,kambing,lembu dan 10 buah mesin galah. Tahniah kepada Jabatan Pertanian Kelantan kerana berjaya mengadakan majlis tersebut yang secara terbuka menyokong Pas.

No comments:

Post a Comment