Saturday, July 4, 2009


NIK AZIZ TIDAK JEMPUT HADI?

KG PEK 5 July - Esok adalah hari penamaan calun N41 Manek Urai. Adalah dijangka suasana menjadi semakin hangat dimana kedua-dua parti masing-masing menggerakkan jentara sehingga di peringkat akar umbi.

Menurut sumber yang boleh dipercayai jentera Pas luar dari Kelantan belum sampai semua. Setakat ini Pas Perlis sudah bertapak di PU Sg Peria dan Pas Trengganu di PU Laloh. Pas Selangor menetap di PU Lata Rek. Pas Pahang di PU Manjor. Pas negeri yang lain belum sampai lagi mungkin tidak datang.

Mereka berpendapat bahawa soal perkelahian antara Nik Aziz dengan Hadi masih membara sehingga membawa kepada kesan dalam pilihanraya N41 Manek Urai yang akan diadakan pada 14 July nanti.


Kebanyakkan penyokong Hadi dan Nasharuddin masih terasa pahitnya tuduhan dan maki hamun Nik Aziz mengenai gagasan kerajaan perpaduan kepada mereka.

Nik Aziz mengatakan Hadi tidak membawa isu kerajaan perpaduan untuk dibincang dalam parti Pas. Hadi pula berkata cadangan Nik Aziz untuk berdebat dengan Najib juga tidak dibawa kepada mesyuarat parti Pas. Kata mengata dua tok guru ini masih berterusan.

Besar kemungkinan Hadi tidak dijemput dalam perarakan penamaan calun Pas pada 6 July nanti. Apa yang sedang berlaku dalam Pas adalah ekoran pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden Pas antara Nasharudin dengan Husam. Husam masih tidak boleh menerima kekalahan itu, yang dikatakan Hadi menyebelahi Nasharudin.


Pamimpin Pas Kelantan yang diketuai oleh Nik Aziz sejak dulu lagi bangga dengan kehebatan mereka dan mereka merasai tidak perlu bantuan dan pertolongan Pas negeri lain untuk berdepan dengan BN. Pas negeri lain tidak sehebat Pas negeri Kelantan yang sudah memerintah Kelantan selama 20 tahun. Pas negeri lain patut belajar dengan Nik Aziz bagaimana nak melawan dengan BN sehingga boleh memerintah negeri.

No comments:

Post a Comment