Wednesday, July 1, 2009

NIK AZIZ TUTUP SEKOLAH AGAMA RAKYAT

KG PEK 1/ July – Dalam usaha untuk memertabatkan Islam di bumi serambi Mekah ini, kerajaan Nik Aziz telah melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang diwar-warkan selama ini. DiKota Bharu sebuah papantanda besar dipasang untuk mengambarkan perihatinnya Nik Aziz kepada Al Quran. Tapi apa yang berlaku disebaliknya.

Sekolah Agama Rakyat (SAR) gagal diurustadbir dengan sempurna oleh Kerajaan Pas. Sememangnya SAR tidak mendapat sambutan masyarakat orang Islam jauh sekali orang bukan Islam. Kualiti pengajaran dan pembelajaran amat teruk, termasuk keadaan fizikal sekolah. Kemudahan kelengkapan belajar jauh ketinggalan. Sebab itu lah anak pemimpin Pas sendiri tidak dihantar belajar disekolah berkenaan. Kebanyakannya belajar disekolah BN, tapi dalam masa yang sama mengutuk BN.

Nik Aziz gagal
Pada tahun 1994 Sekolah Menengah Agama (Arab) Ittihad, Aur China Pasir Mas ditutup dengan alasan murid hanya 40 orang sahaja.

Pada tahun 1996 Sekolah Menengah Agama (Arab) Khairiah, Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, telah ditutup dengan alasan murid hanya ada 40 orang sahaja.

Pada tahun yang sama (1996) Sekolah Menengah Agama (Arab) Diniah, Serendah,Chetok,Pasir Mas ditutup.

Pada tahun 2001 Sekolah Agama (Arab) Rahimiah, Bukit Telaga, Ipoh, Tanah Merah ditutup.

Apapun alasan yang diberikan oleh Kerajaan Nik Aziz perkara yang berlaku seperti diatas adalah amat memalukan. Sedangkan sekolah jenis kebangsaan Tamil dan China, terus beroperasi walaupun muridnya tidak ramai, seperti ada Sek Kebangsaan Tamil yang akhirnya tinggal seorang murid baru dicadangkan ditutup.

Natijah daripada penutupan Sekolah Arab yang diperjuangkan oleh Nik Aziz selama ini merupakan pembohongan semata-mata. Nik Aziz gagal mentarbiahkan kuncu-kuncunya seupaya memperkasakan sekolah Arab. Sekolah Arab hanya untuk dijadikan bahan ceramah kononnya Pas memertabatkan Bahasa Arab, tapi yang berlaku disebaliknya.

No comments:

Post a Comment