Wednesday, July 1, 2009

SKANDAL LADANG RAKYAT PAS DI MANEK URAI

KUBANG KRIAN 1 Julai – Kerajaan Pas Kelantan semenjak 20 tahun yang lalu selalu menjanjikan projek atau program yang ’akan’ membantu rakyat. Kononnya Nik Aziz begitu prihatin kepada kesusahan rakyat. Sehingga sanggup melakukan apa saja demi rakyat. Apakah ungkapan itu betul?


Ladang Rakyat – kini tanah Melayu dimiliki oleh orang asing

Dalam siri pendedahan penyelewengan, atau boleh disebut Skandal Ladang Rakyat yang dilakukan oleh Kerajaan Nik Aziz amat menyedihkan. Nasib baik ada pilihanraya kecil, penduduk Manek Urai dapat meluahkan rasa kesusahan dan penindasan diatas apa yang telah dilakukan oleh Nik Aziz kepada mereka.


Nasib Wanita Manek Urai ini perlu dibela...mangsa Ladang Rakyat

Ladang Rakyat yang diilhamkan oleh Nik Aziz telah dilaksnakan kononnya untuk membantu rakyat, dengan cara tanah rakyat diberi miliki kepada sebuah syarikat asing dan rakyat di janjikan mendapat habuan bulanan.

Apa yang terjadi tanah milik Melayu yang sudah sekian lama telah berpindah milik kepada syarikat Cina. Siapa asalnya pemilik ladang rakyat?...... tanah Melayu milik Melayu dulu, sekarang milik Republik Rakyat Cina.


Papan Tanda Syarikat asing yang memiliki Ladang Rakyat

Ladang rakyat yang hanya memberi bonus kepada ahli sebanyak RM200 sebulan (RM7.30 sen sehari) sebelum pilihanraya 2008 yang lalu,itu pun untuk memikat pengundi supaya mengundi Pas, tetapi sekarang tiada bayaran bonus lagi.Rakyat Manek Urai bangkit dan bertanya mana bonus yang dijanjikan oleh Nik Aziz? ....... Apakah ladang rakyat seperti ini boleh membantu rakyat seperti Kesedar dan Felda?.

Masa depan generasi muda Manek Urai gelap...
Ladang Rakyat gagal membantunya

Cukuplah penyelewangan tanah milik Melayu diberi milik kepada orang asing, janji pampasan dan habuan bulanan hanya tipu semata-mata. Ladang rakyat belum lagi mengelurkan hasil, bayaran yang diberi adalah wang kerajaan negeri kenyataan dari sumber yang boleh dipercayai. Yang sebenarnya pihak yang mendapat keuntungan daripada projek ini ialah kroni Nik Aziz dan pemimpin Pas.Dimana mereka telah mendapat habuan yang banyak daripada pelaksanaan projek ini. Ada yang membeli kereta baru, buat rumah baru dan tak kurang juga ’bini’ baru.

Nik Aziz hentikanlah kerja penipuan ini... kesian rakyat menderita dinegeri serambi Melah.

No comments:

Post a Comment