Sunday, July 5, 2009

TEROPONG !!!!!!!!!!!
PAS SEMAKIN TERDESAK

Peti Undi Latar Rek
Jentera Pas Rantau Panjang dan Pas Pasir Mas menziarahi dari rumah ke rumah utk memancing undi yang diketuai oleh YB Chetok Ust.Abd Halim. Pemuda Pas akan turut serta dalam penamaan calon dalam 30-40 orang dengan memakai pakaian seragam yang telah di beri oleh Parti Pas.Setiap Pemuda dibayar RM50 seorang.

Peti Undi Laloh
Jentera Pas Sabah dan Terengganu membantu jentera parti tempatan. Jentera yang terlibat lebih kurang seramai 15 org .
Pas Kelantan iaitu Pas Bachok dan Gua Musang juga membantu jentera peti undi Laloh.
Jentera bantuan luar ini telah bergerak rumah ke rumah dalam meraih undi juga mengadakan ceramah kecil-kecilan terutamanya di surau/madrasah serta rumah individu.
Pas tempatan dibawah penghulu Pas mengadakan lawatan rumah ke rumah menziarahi warga emas yang uzur.Tidak semua pengundi dihulurkan RM50...mereka memilih tempat. Ada yang tersalah hulur sedangkan dia tidak mengundi maka diminta pulangkan rm50...kesian Mak Cik tua tu.

Peti Undi Sg.Sok
Jentera Pas Melaka lebih kurang 12 orang sudah sampai di peti undi sungai sok. Disamping itu Petugas Pas Muslimat dari Negeri .Sembilan seramai 18 orang.
Himpunan Pemuda PR. 5 Jul 2009 Jam 9 mlm. Bertempat Sg.Sok Penceramah:Husam Musa,Nasaruddin Hasan Tantawi,Shamsul Iskandar, Abd Latif Abd Rahman dan Suhaizam Kayat.

Peti Undi Cuchoh Puteri
Semua petugas adalah dari Tanah Merah

Peti Undi Manek Urai Baru
Ahli Parlimen Gombak Azmi Ali hadhir utk penyerahan bendera PKR serta melancarkan bilik gerakan Dun Manek Urai. Dalam ucapan beliau membawa isu Isa, kekejaman kerajaan BN dan Ketua Polis Negara bersekongkol menuduh Anuar Ibrahim meliwat Saiful bahari, rasuah serta pecah amanah Datuk Sri Khir Toyo.

No comments:

Post a Comment