TEROPONG !!!!!
MANEK URAI 7 July - Suhu kempen semakin hangat, berbagai isu yang panas telah dibangkitkan. Sehingga saat ini ada bekas pemimpin cawangan UMNO berminat menyertai Pas atau PKR.
PETI UNDI MANEK URAI LAMA
Ceramah Pas di Peti Undi Manek Urai Lama di hadiri oleh Hamid Derani,Mohd Nasuruddin Hj.Daud. Bertempat diMarkaz Pas. Kehadiran pendengar anggaran lebih kurang 250 orang. Isu yang dibangkit oleh penceramah adalah seperti berikut:
1. Rasuah dalam BN menampakkan kepincangan pemeritahan dalam memperjuangkan Islam.
2. Royalti minyak kerajaan pusat songlap, yang sepatutnya diagihkan kepada rakyat Kelantan.
3. Penipuan kerajaan BN sewaktu pilihan raya umum 2008 telah berbelanja sehingga RM 218 Juta dalam membekalan makanan serta peralatan dan terpaksa menanggung hutang, BN langsung tak nak bayar dan menjadikan kes dibawa ke mahkamah.
4. Macam mana Kerajaan BN nak memperjuangkan Islam sedangkan menteri Kabinet sendiri pun tak termampu untuk dikuat kuasakan sebagai contoh: Menteri Belia dan sukan itu sendiri tak memakai tudung. Bersangkutan perkara diatas, penceramah menyifatkan sebagai kalau pengundi sokong BN maka Nerakalah ia kerana menggalakan rasuah,kezaliman terhadap rakyat,serta pembaziran.Namun kalau undi Pas Syurga dijanjikan, kerana menentang segala kemungkaran.
PETI UNDI MANJOR
Pemimpin PKR mengatakan ceramah akan diadakan pada 7 July bertempat di Pos Pas Manjor jam 9 malam. Penceramah ialah Azmi Ali dan Kemungkinan besar Anuaar Ibrahim juga akan turut turun padang.
Isu yang sedang hangat di Peti Undi Manjor ialah mengenai bekas ahli UMNO yang kecewa semasa dalam UMNO, kini sudah 17 orang telah pun menukar parti masuk PKR.
Aktiviti jentera Pas dengan membuat tazkirah selepas sembahyang maghrib dan Isyak,sebagai memberi peringatan kepada jentera/penyokong Pas,utk meraih undi tetapi peraih undi dilarang naik kerumah semasa ketiadaan suami. Selepas sembahyang Isyak sebelum tzkirah Pas membuat sembahyang hajat.
PETI UNDI SG PERIA
Kumpulan yang merajuk kerana tidak puas hati terhadap calon Fauzi, kini mengerakkan kembali jentera beliau apabila Zamzuri dipanggil Nik Aziz. Peraih undi dari Pas juga begitu giat meraih undi dari rumah ke rumah. Tapi apa yang anehnya suasana Pos Pas suram, penunggu pos dikalangan kanak-kanak yang masih belum boleh mengundi. Operasi yang sama seperti bahagian lain meletakkan pemuda supaya menjaga pegundi Pas supaya tidak di raih undi dari BN.
No comments:
Post a Comment