Tuesday, July 7, 2009

TEROPONG !!!!!

MANEK URAI 8 July – Jentera Pas telah menjalankan aktiviti yang lebih menyeluruh, enam Peti Undi (PU) yang terlibat ialah Peria, Sg Sok, Cucuh Puteri, Latar Rek, Manjor dan Laloh.

PU PERIA

Penyokong Pas membuat perang saraf dengan mengatakan yang Umno telah memperuntukan wang sebanyak 1 juta bagi setiap peti undi. Suhaimi dan pengikutnya menurut jentera Pas telah kembali seperti sediakala. Majlis kesyukuran telah diadakan pada petang tadi di biayai oleh jentera Pas Kota Bharu.Kehadiran penyokong Pas anggaran sebanyak 150 ke 200 orang program berlarutan sehingga petang.

PU SUNGAI SOK

HALWA dan pemuda Pas masih lagi bergerak dari rumah ke rumah dalam kumpulan kecil seramai 8 orang dengan menggunakan kenderaan bagi meraih undi.Buah tangan yang dibawa berupa hamper dan RM.

PU CUCUH PUTERI

Pemuda dan Halwa masih lagi dengan kegiatan dari rumah ke rumah dengan menggunakan kenderaan memacing undi dalam kumpulan 7-8 orang.

Ceramah Umum Pas di Padang Bola Cucoh Puteri A 7 Jul 2009. Penceramah Anuar Ibrahim, Nik Aziz, Husam Musa, Latif Adun Mekebang dan Fauzi Ikan Calon Pas. Kehadiran dianggarkan 3000 orang

Isu:

Isu Stadium diTerengganu runtuh menandakan kontraktor dilantik UMNO adalah menipu.

Kerajaan Pusat memberi duit kepada KESEDAR untuk pembangunan dan membantu peneroka, tapi tak dilaksanakan.

Pas mengamalkan pembangunan minda dan hal-hal yang berkaitan dengan Islam dahulu sebelum membangunkan material.

Royalti minyak Kelantan juga dibangkitkan, Kelantan menuntut bayaran Rm 1700 juta dari kerajaan pusat tetapi tak dibayar sehingga sekarang.

Kerajaan UMNO mengamalkan penindasan kepada kaum Melayu,Cina dan India.

PU LATAR REK

Aktiviti seperti biasa Pemuda dan Halwa masih lagi dengan meraih undi dari rumah ke rumah, serta membawa serangan saraf, orang UMNO banyak yang akan masuk Pas.Pas menawarkan RM dengan nilai yang lebih tinggi untuk memancing pengundi UMNO.

PU MANJOR

Ceramah semalam bertempat di Madrasah Karangan. Penceramah terdiri daripada Khalid Samad (Ahli Parlimen Pas Shah Alam),Tuan Ibrahim Tuan Man,Suria(PKR Perak),Zahid Ibrahim,wakil Calon Fauzi Ikan. Kehadiran dianggarkan 100 orang.

Isu:

Royalti minyak yang tak diberi kepada rakyat Kelantan.

UMNO banyak makan Rasuah.

Masaalah rumah Dato’Khir Toyo penipuan membeli rumah yg harga mencecah 4 juta kemudian dirobohkan bagi mendapatkan pinjaman untuk membuat rumah semula.

Dasar Islam yang di laungkan oleh UMNO tidak mengikut Islam sebenarnya.

Pemerintahan UMNO menaikan kadar kes jenayah yang begitu ketara dengan jumlah anak zina yang anggarannya 200 ribu setahun

PU LALOH

Pemuda HALWA bergerak dari rumah ke rumah meraih undi sambil meberi ceramah secara kecil-kecilan.Buah tangan yang dibawa berupa hamper dan RM.

No comments:

Post a Comment