Wednesday, July 8, 2009
PKR MULAI MENGGANAS...MUSLIMAT PAS 4 ALL ?
TEROPONG!!!!!
MANEK URAI 9July – Semalam terdapat 4 PU yang dapat dikesan menjalankan aktiviti dan plan tindakan Pas adalah seperti berikut:
PU PERIA
Pemuda pada malam ini di tugaskan perbanyakan lagi memasang bendera parti. Nik Aziz masih tidak berpuas hati kerana bendara BN lebih banyak dari bendera Pas. Pemuda juga ditugaskan sebagai menjaga atau pun menyekat kehadiran peraih undi BN.
Pergolakan yang ketara sebelum ini makin reda, serta penyokong Pas ambil sikap berdiam diri dan tidak bercakap tentang parti.
PU TEMALIR
Peraih undi dari HALWA dan juga pemuda Pas bergerak dari rumah kerumah dalam kelompok yang kecil memberi ceramah disetiap rumah yang dilawati. Dalam gerakan kempen itu mereka membawa 2 keping gambar, iaitu gambar Tuan Sabariah isteri Nik Aziz dan gambar Rosmah isteri Najib.
Soalan yang akan ditanya ialah, ’...nak ko Isle gambar ni...(tunjuk gambar Tuan Sabariah yang bertudung).
Pergolakan pemuda setempat PU Temalir tentang bayaran untuk tugasan serta konvoi semasa penamaan calon hangat diperkata kerana setemgah pemuda tak menerima habuan itu. Mereka tidak berpuashati kerana ada pemuda Pas yang mendapat habuan RM100 seorang.
PU MANEK URAI BARU
Program Ibu Tunggal bertempat dibilik gerakan Manek Urai Baru. Memberi saguhati serta hamper dan RM100 seorang sebagai derma kepada ibu tunggal yang hadir.
Disamping itu juga Pas menyemak daftar pemilih bagi yang hadir ke majlis. Semasa semakan pemilih ada ibu tunggal yang tiada dalam daftar pemilih telah diarahkan keluar dari program itu.
PU MANJOR
Maklumat dari bilik gerakan Pas.Pemuda Pas mulai malam ini akan mengadakan sekatan ke semua rumah-rumah atau kampong, bagi menyekat kemasukan peraih undi dari BN, yang mana mereka akan menyekat setiap pergerakan yang mereka rasa mencurigakan.
Malam ini juga pemuda PKR akan bergerak mencari pengundi atas pagar bagi menyokong PKR dan mereka sanggup membayar dengan wang tunai tak kira berapa walau pun RM500 yang di diminta oleh yang orang mereka temui.
Di Kg.Budi diadakan digotong royong untuk kampong dianjurkan oleh Pas, penyokong UMNO juga keluar sama menolong utk.memotong daging bagi jamuan di majlis itu.
No comments:
Post a Comment