Friday, July 3, 2009

TEROPONG....!!!!

CUCUH PUTERI 4 July - Kaedah kempen jentera Pas semakin terdesak dan nampak sangat keletihan setelah isu yang dibawa oleh mereka tidak mendapat sambutan pengundi. Promosi terakhir mereka iaitu Halwa dan Pemuda Pas berkempen rumah kerumah untuk meraih undi dengan membawa isu kempen iaitu 'undi Pas akan masuk syurga dan undi BN masuk neraka'. Nampaknya amalan menjual syurga Allah semakin berleluasa dilakukan oleh juru kempen Pas yang dilatih oleh Nik Aziz.

LATAR REK 4 July - Lain pula yang berlaku di Peti Undi Latar Rek dimana Muslimat PAS telah menjalankan aktiviti mezirahi rumah ke rumah meraih undi dengan memberi sumbangan sebanyak Rm 30 setiap rumah yang dilawati. Aktiviti jentera Pas meraih undi secara kelompok kecil rumah ke rumah tak seperti biasa dalam kelompok yang besar. Strategi ini diubah oleh Pas kerana ceramah mereka sudah tidak mendapat sambutan rakyat manek Urai. Sebelum ini ceramah Nik Aziz di Manet Urai kebanyakan yang hadir ialah penyokong Pas dari luar DUN Manek urai.

PAS BELI UNDI

MANEK URAI LAMA 4 July - Kepimpinan Nik Aziz semakin kusut. Apa yang berlaku di Manek Urai Lama masih tidak dapat diselesaikan. Pertelingkahan dan perbalahan antara penyokong Pas semakin ketara.Tuduhan oleh Penyokong Pas dan merungggut serta mempersoalkan tanah rezab perkuburan yang telah di pecah lotkan oleh arwah YB Pas (Pak Su Wel) dahulu dan diagihkan kepada ahli keluarga beliau.Keluarga arwah rasa tercabar dengan tuduhan berkenaan. Kerana ini adalah soal maruah dan keaiban keluarga keseluruhannya. Kedua-dua pihak menyeru Nik Aziz menyelesaikan perkara ini segera.

Aktiviti Muslimat Pas di Peti Undi Manek Urai Lama juga sedang giat meraih undi rumah ke rumah dengan memberi habuan wang kepada setiap rumah yang dilawati sebanyak Rm 30. Dengan ini diharap ketua isi rumah ambilah apa saja yang diberi oleh Muslimat dan Pemuda Pas tapi pada 14 July undi lah BN. Kerana habuan yang diberi adalah duit Kerajaan Kelantan bukan duit Nik Aziz.

No comments:

Post a Comment