Tuesday, July 7, 2009


TUA DAH AKU NIII...........UMUR 80 thn


TEROPONG !!!!!

MANEK URAI 7 July – Hari ini hanya dua peti undi yang menjalankan aktiviti oleh Pas. Iaitu di PU Manek Urai Lama dan PU Manjor.

PU MANEK URAI LAMA

Jentera Pas meneruskan gerakan berkempen dengan melancarkan program Cakna Keluarga dan sukaneka dan cabutan bertuah. Bertempat dipadang Manek Urai Lama. Pada hari ini dan dirasmikan oleh Calun Pas Fauzi Ikan.

Kehadhiran penyokong anggaran 150 orang terdiri dari penduduk Manek Urai Lama dan Baru.Ucapan calon ialah supaya berkerjasama dalam apa jua sekali pun, berilah peluang serta sokongan kepada beliau bagi menyambung perjuangan arwah YB dulu.

PU MANJOR

Gerakan pembangkang iaitu Pas dan PKR amat kuat di PU Manjor kerana dalam pilihanraya yang lepas mereka kalah di PU ini. Pas dan PKR cuba memikat ahli-ahli UMNO supaya menyertai mereka, mungkin dibayar dengan harga yang tinggi. Sebagai membantu Pas jentera PKR seramai 60 orang berada dalam PU Manjor. Jawatankuasa kerja jentera PKR N41 Manek Urai seperti berikut:

Pengarah:YB Amasamy a/l Munisamy
T.Pengarah 1:Tuan Zamri Faris Tuan Zakaria.
Pengarah 2: YB Arifin bin Ali.
S/usaha:Ahmad Tarmizi Mat Yusof.
Penginapan:Kahirulanamnajid Tuan Zamri.
Ceramah:Ahmad Tarmizi Bin Mat Yussof.
Keslamatan:Ahmad Suhaimi.
Pegawai Penyelaras Dun Manek Urai:
Tuan Zamri Arif Tuan Zakaria.(013-9276763)

Malam ini ceramah diadakan di Madrasah Karangan. Penceramah terdiri daripada Mahfuz Omar,Tuan Ibrahim Tuan Man,Nasaruddin Daud dan Zaid Ibrahim.

Pada 8 July Jam 9.00mlm. Bertempat di Pos KEADILAN. Penceramah Mahfuz Omar, Hatta Ramli,Mujahid Yusof Rawa dan Lolo.

Isu penting ialah jentera PKR sedang giat menjalankan aktiviti mencari ahli. Cuma permasalahan PKR sekarang ini dalam dilema sama ada nak ’beli’ ahli atau tidak.

Apa yang berlaku pada 6 July semalam PKR telah membuka satu lagi Pos gerakan untuk membantu Pas dalam pilihanraya di Manjor, tetapi bermasalah kerana ketiadaan ahli PKR unttk menuggu Pos.

Untuk menunjukkan saingan hebat Pos Pas juga akan di buka di Manjor berdepan dengan Pos UMNO yang terdiri daripada bekas ahli UMNO..

No comments:

Post a Comment