Saturday, July 4, 2009


JENTERA PAS PETI UNDI SG. PERIA LUMPUH

PERIA 4 July - Pergolakan dalam Pas tidak boleh dibendung lagi. Sekarang merebak ke akar umbi Pas. Apa yang telah berlaku di PU Sg.Peria jelas mengambarkan perbalahan Nik Aziz dengan Hadi sampai ke kemuncak dan kesannya ialah Pas akan kehilangan kerusi DUN Manek Urai.
Hari penamaan calun ada dua hari lagi iaitu pada 6 July, kedudukan calun Pas masih dipertikaikan dan tidak boleh diterima oleh akar umbi Pas. Mungkin pemilihan calun dibuat hanya setakat kuasa Nik Aziz sahaja, tidak dibuat diperingkat Pas Pusat. Ini berlainan dengan BN dimana penetapan calun adalah kata putus dibuat oleh Presiden BN.
Tokoh berpengaruh dalam kawasan DUN Manek Urai yang selama ini menyokong Pas mulai renggang dan tidak mustahil dalam pilihanraya nanti mereka ini memberi undi kepada calun BN. Calun BN Tuan Aziz bekas pegawai kanan Kesedar amat dikenali oleh penduduk Manek Urai.

Tokoh yang paling lantang menentang calun Pas (Ustaz Fauzi Jual Ikan) yang dicadangkan oleh Nik Aziz, ialah Tuan Haji Suhaimi PU Sg. Peria, seorang tokoh yang disegani dalam kawasannya. Kata orang beliau ialah 'taukey balak'.
Tindakan yang beliau telah lakukan ialah dengan menurunkan bendera bulan besar merentang jalan dihadapan rumahnya. Sekarang bendera tersebut dipindahkan di hadapan dengan Masjid Peria.
Nik Aziz harus gusar dengan perkembangan ini kerana Tuan Haji Suhaimi boleh mempengaruhi sekurang-kurangnya 500 penyokong Pas supaya mengundi BN.
Apa yang Nik Aziz perlu lakukan ialah menukar calun daripada Fauzi Jual Ikan kepada tokoh Pas lain yang diterima oleh rakyat tempatan.

No comments:

Post a Comment