Saturday, July 4, 2009

PROGRAM YB AHMAD MASLAN
KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA
DI DUN MANEK URAI


MANEK URAI 4 July - Hari ini 4 July (Sabtu)jam 6.30 ptg beliau akan menginap dan makan malam di rumah Pak Kob dan Pak Zain dalam PU Temalir. Sepertimana biasa YB akan solat jemaah maghrib dan isyak di Madrasah Temalir bersama dengan rakyat tempatan.
Beliau akan mengambil kesempatan berceramah malam ini di PU Temalir yang telah diatur oleh Perhubungan UMNO Kelantan jam 9.00 malam.Selepas itu YB akan beramah mesra dengan rakyat disekitar PU berkenaan dan akan bermalam di rumah Pak Kob.


Pada 5 July (Ahad)bermula seawal pagi solat subuh berjemaah di Masjid Temalir. Program sembang lepas subuh sehingga jam 7.00 pagi minum kopi di kedai kopi depan Masjid.Kedai kopi kedua yang akan dikunjungi oleh YB ialah Kedai Kopi Che Hasan dan diteruskan ziarah rakyat didahulukan dari rumah kerumah.Makan tengahari jam 12.30 th dirumah Mak Su Zimah.

Hari berkenaan juga jam 2.30 ptg YB akan mengunjungi Peti Undi Manek Urai Lama. Majlis ramah mesra dengan jentera AJK Cawangan Masek dan Bukit Kajang jam 3.00 ptg.
YB akan solat asyar berjemaah dengan rakyat di Kg Mesek PU Manek Urai Lama. Selepas Solat Jam 5.00 ptg YB meneruskan ziarah dari rumah ke rumah dikawasan cawangan Masek.
Jam 6.00 ptg YB akan kerumah Che Li dan makan malam disana.Sepertimana biasa solat maghrib dan isyak berjemaah.Jam 9.00 malam YB akan ceramah di Manek Urai Lama.10.30 malam siri ziarah diteruskan di kawasan Manek Urai Lama.YB dijangka akan bermalam dirumah Che Li.

Pada 6 July jam 5.30 pagi YB akan solat subuh berjemaah di Masjid Besar Kuala Krai. Minum pagi di Kedai Kopi Kak Long/Maznun depan stesen bas.Tepat Jam 8.30 pagi YB akan bertolak ke pusat penamaan calun di SMK Sultan Yahya Petra.

Jam 12.00 th YB akan meneruskan tugas lawatan ke cawangan Kg Ragu.Jam 2.00 ptg ziarah rumah ke rumah di Cawangan Kg Ragu Manek Urai Baru.

YB akan mengunjungi Manek Urai lagi pada 8 July nanti.

No comments:

Post a Comment