Sunday, July 5, 2009


TEROPONG !!!!!!!

LAPORAN PAS DI TEMPAT PENAMAAN CALUN N41 MANEK URAI

KUALA KRAI 6 July - Kehadiran Penyokong Pas lebih kurang anggaran 8,000 org dari pelabagai negeri dan parti seperti Keadilan dan DAP. Semasa perhimpunan itu ceramah telah disampaikan yang terdiri dari pemimpin-pemimpin PR, seperti Abd.Fatah, Mat Sabu, penulis Blog.Pahang Daily, Nasaruddin Tantawi, serta calon Pas Fauzi serta pemimpin dari DAP dan Keadilan.

Semasa kesempatan untuk ceramah diantara isu yang dibangkitkan ialah yang biasa dilaungkan seperti kezaliman kerajaan terhadap rakyat. Isu royalty minyak di perairan Kelantan yang telah lama sepatutnya dibayar.

Isu seperti sepatut nya BN memberi kemenangan percuma di Manek Urai seperti di Penanti kerana Manek Urai Pas punya.

Penceramah juga menyentuh mengenai selama ini kerajaan tak ambil peduli pun dengan infrasruktur seperti jalan dan longkang di Manek Urai,ini bereti kerajaan BN hanya sekadar untuk meraih undi dan mengaburi mata pengundi.

Turut di ucapkan ialah kemenangan Pas di Manek Urai akan menjadikan PR selangkah lagi menuju ke Putera Jaya serta inilah masa PR akan mengantikan kerajaan BN.

Dan akhir sekali mereka mengatakan calon BN bertanding di Manek Urai adalah sebagai untuk menguji kekuatan BN setelah kalah di beberapa pilihanraya.

No comments:

Post a Comment